Saturday 20 February 2016

Resepi Apam Gula Hangus


Harini tangan gatal nak buat apam gula hangus . So here we go . Tu pic tu apam gula hangus fresh dari kukusan . Ahahaha . Sebelum tangan ni duk merapu macam macam nah resepinya .

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara
  1. Masak gula bila gula cair masukkan air perlahan-lahan dan secara sedikit demi sedikit. Ketepikan biar sejuk .
  2. Putar telur sehingga kembang dan masukkan marjerin serta susu pekat hingga kembang .
  3. Masukkan gula hangus. Putarkan.
  4. Masukkan tepung gandum & soda bikarbonat yang telah diayak.
  5. Kukus selama 15 minit . 
  6. Siap dan boleh dihidangkan ! 

Tuesday 29 December 2015

Bismillahirah ...
Today tak nak share menu just nak write or lebih tepat nak meluah actually . But the funny thing is aina tak tahu pun nak luah apa .

Aina ada terbaca bila kita ditimpa ujian jangan minta dikurangkan bebanan ujian itu sebab itu tandanya Allah sayang kita as hambanya but mintalah Allah tingkatkan tahap kesabaran  , ketabahan , ketaqwaan dalam diri kita untuk hadapi ujian itu .

Mama pula cakap , bila wujud perasaan sedih , sayu dalam hati kita baru kita sentiasa ingat dekat Allah . Betul la tu ,kalau tak kita confirm confirm akan lalai punya .

Ya Allah jika ini adalah tiket untuk aku peroleh kebahagian maka KAU terus cekalkan hati aku ini .


Sunday 29 November 2015

Resepi Spagethi Carbonara Mudah

Today buat spagethi carbonara versi aina . Hahaha . Sedap ke idok ? Sedap la kot sebab semua yang makan kata sedap sangat . Resepi aina senang sesangat2 . Tak percaya ? Okay tak apa , baca resepinya sampai habis , fahamkan dan BUAT okay .


Bahan-bahan
 A
  • Spagethi 
  • Air 
  • Garam
B
  • Bawang Holland (dicincang)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Daging kisar
  • Air
  • Sos tiram
  • Blackpaper
  • Garam 
  • Mayonis (botol kecil)
C
  • 1 tin cendawan butang(dihiris)
  • Tomato ceri (dipotong 2)
  • Daun parsley (hiris halus)

Cara-cara
  1. Rebus bahan-bahan A. Pastikan spagethi betul2 lembut (abaikan instruction dia suruh rebus 6 minit aja tu) . Jangan letak garam lebih sangat nanti terlalu masin . Toskan .
  2. Tumiskan bawang yang dicincang sehingga warna keemasan .
  3. Masukkan air kira-kira 500ml dan masukkan daging kisar .
  4. Selepas daging empuk masukkan sos tiram , blackpaper dan garam secukup rasa . 
  5. Jika air terlalu sedikit tambah air lagi dan masukkan mayonis kira-kira 3/4 botol kecil .
  6. Selepas bahan-bahan B menggelegak sedikit masukkan bahan-bahan C.
  7. Siap dan boleh dihidang.
Tadaaa inilah hasilnya .


P/s : sos spagethi yang aina buat ni akan 
         jadi pekat ala-ala kuah laksa putih.
         Bila dah masukkan mayonis jangan 
         biar terlalu lama diatas dapur nanti                rasa fresh mayonis tu hilang .

Selamat mencuba dan semoga berjaya .



Wednesday 25 November 2015

BISMILLAH ...

Okay . . . Sedar dan tahu blog aina ni tak adalah ramai follower . Hahaha . This time renew balik blog ni dengan niat nak post and want to share with others something yang boleh dimanfaatkan bersama .. well such as recipe (sebab kita da pandai masak sikitII) , shawl tutorial , or others things that we can get benefits together . In shaa Allah . So I start my first post on this 2015 with Bismillah . 😘